SunLiTe Advisory & Management

Perkhidmatan SunLiTe

Panduan untuk keputusan yang anda nak buat.

Fokus utama kami ialah pembiayaan peribadi dan gabungan hutang melalui pembiayaan baharu. Kami jelaskan perkara yang perlu dibandingkan dan bantu dengan rujukan untuk penilaian pemberi pinjaman. Panduan perniagaan dan hartanah juga tersedia.

Pilih keperluan anda

Lima cara untuk mula.

Ini perkhidmatan konsultasi. SunLiTe tidak memberi pembiayaan atau menentukan keputusan akhir pemberi pinjaman.

01

Saya perlukan pembiayaan peribadi dan nak faham pilihan saya.

Panduan Pembiayaan Peribadi

Fahami pendapatan, bayaran sedia ada dan tujuan pembiayaan anda. Kami bantu anda tahu apa yang perlu dibandingkan dan disediakan sebelum penilaian pemberi pinjaman.

  • Merancang keperluan peribadi yang penting
  • Tak pasti apa yang perlu diberi perhatian sebelum penilaian
Lihat panduan perkhidmatan
02

Saya nak bandingkan pembiayaan baharu untuk menyelesaikan hutang tertentu.

Panduan Gabungan Hutang

Bandingkan pembiayaan baharu untuk menyelesaikan hutang kad kredit dan pembiayaan peribadi tertentu. Fahami ansuran baharu, tempoh, fi serta jumlah bayaran—bukan ansuran rendah sahaja.

  • Komitmen bulanan mula terasa berat
  • Baki pendapatan bulanan semakin terhad
Lihat panduan perkhidmatan
03

Perniagaan saya perlukan modal kerja atau dana untuk berkembang.

Panduan Pembiayaan Perniagaan

Fahami maklumat yang penting untuk pembiayaan perniagaan: tujuan dana, pendapatan perniagaan dan komitmen sedia ada.

  • Perlukan modal kerja
  • Merancang pengembangan, peralatan atau operasi
Lihat panduan perkhidmatan
04

Saya nak beli hartanah atau bandingkan refinancing.

Panduan Hartanah & Refinancing

Fahami maklumat hartanah, pembiayaan semasa, kos dan tujuan sebelum bandingkan pembiayaan hartanah atau refinancing.

  • Merancang pembelian hartanah
  • Nak faham pilihan refinancing
Lihat panduan perkhidmatan
05

Saya ada laporan kredit dan nak faham maklumatnya.

Semakan Kredit Percuma

Fahami maklumat akaun, rekod bayaran dan perkara yang belum jelas dalam laporan anda.

  • Tak pasti apa yang ditunjukkan dalam laporan
  • Nak penjelasan dalam bahasa mudah
Lihat panduan perkhidmatan

Tak pasti yang mana sesuai?

Tak perlu tahu nama perkhidmatan sebelum mula.

Pilih situasi dalam panduan, atau ceritakan secara ringkas apa yang anda nak faham. Konsultasi awal percuma.

Pilih situasi saya

Konsultasi awal percuma

Ceritakan keadaan anda dengan cara sendiri.

Tiada bayaran awal. Perkhidmatan berbayar serta sebut harga dijelaskan sebelum anda memilih.

Tanya SunLiTe cara nak mula